Rabu, 21 April 2010

AUTOCAD-MODUL 1 – KONSEP ASAS

I - MENGENALI PERSEKITARAN DESKTOP WINDOWS

Objektif :
1. Menamakan bahagian-bahagian yang terdapat di persekitaran paparan desktop Windows.
2. Menggunakan istilah-istilah dalam modul seterusnya.









Penunjuk = anak panah yang bergerak di persekitaran paparan komputer yang mewakili pergerakan tetikus.
Klik = menekan sekali butang kiri tetikus.
Dwiklik = menekan dua kali butang kiri tetikus dengan kadar yang cepat.
Klik kanan = menekan sekali butang kanan tetikus.
Klik dan tarik = menekan sekali butang kiri tetikus, tarik dan lepaskan di tempat lain.
II - MENGENALI PERSEKITARAN AUTOCAD 2000

Objektif :
1. Menamakan bahagian-bahagian yang terdapat di persekitaran program AutoCad 2000.
2. Menggunakan istilah-istilah dalam modul seterusnya.


















III - PERMULAAN AUTOCAD

Objektif :
1. Memulakan program AutoCad.
2. Menyatakan kegunaan Startup Dialog Box ( Open/Start From Scratch/Use a Template/Use a Wizard).
3. Menggunakan Startup Dialog Box (Use a Wizard – Advance Setup).
4. Menyimpan fail.
5. Menutup program AutoCad
Aktiviti :

1. Halakan penunjuk ke ikon AutoCad 2000 yang terletak di paparan desktop. Klik ikon tersebut sekiranya penunjuk panah bertukar kepada tangan. (Dwiklik sekiranya penunjuk panah tidak bertukar).
Semasa AutoCad dipasang, ia akan menyalin ikon ‘shortcut’ di desktop. Sekiranya tiada ikon AutoCad di desktop, klik Start Menu [Start>Programs>AutoCad 2000>klik AutoCad 2000] untuk memulakannya.
2. Paparan berikut akan muncul :
Sekiranya kotak dialog Startup tidak kelihatan semasa memulakan AutoCad 2000, klik MTT [Tools>Options] klik tab System, pastikan ‘Show Startup Dialog’ ditandakan √


Butang Pertama Open a Drawing : Membuka dokumen AutoCad sedia ada.
Butang Kedua Start from Scratch : Memulakan dengan sistem ukuran asal samada dalam Imperial/Metrik (12 x 9 inci/420 x 297 mm).
Butang Ketiga Use a Template : Pilihan untuk menggunakan template (acuan/pencontoh) sedia ada AutoCad.

Cuba = Klik satu persatu butang pilihan tersebut dan lihat hasilnya. Setelah selesai setiap percubaan, klik MTT [File>Close] dan klik semula [File>New].

3. Klik butang keempat, pilih [Advanced Setup-OK>Decimal-0-Next>Decimal Degrees-0-
Next>East-Next>Counter Clockwise-Next>Width:297-Length:210-Finish].
4. Klik Grid pada Status Bar, klik dan tarik ikon Zoom dan lepaskan di ikon Zoom All.
5. Klik MTT [File>Save As], simpan hasil kerja anda dalam disket dalam format AutoCad 2000 Drawing (*.dwg) dengan nama ‘Aktiviti1’. Klik MTT [File>Exit] untuk menutup program AutoCad.
IV – SIMULASI CETAKAN

Objektif :
1. Melukis petak sempadan dengan memasukkan nilai-nilai diberi.
2. Melakukan konfigurasi ‘Page Setup’ untuk memilih pencetak serta saiz kertas bagi diselaraskan dengan yang had yang dibuat dalam pilihan Startup – Advanced Setup.
3. Melihat simulasi cetakan.

Aktiviti :

1. Buka fail ‘Aktiviti1.dwg’ yang telah disimpan dalam disket anda.
Akan kelihatan bintik grid pada keseluruhan paparan kerja yang mewakili saiz/had ruangan lukisan iaitu 297 mm lebar dan 210 mm panjang.
Paparan kerja AutoCad secara asalnya bewarna hitam. Anda boleh menukar warnanya, sebagai contoh warna putih dengan klik MTT [Tools>Options>Display-Colors- klik Color: White-Apply & Close>OK].
Cuba = Halakan penunjuk ke ikon Zoom, klik dan tarik-lepaskan pada ikon Zoom Out. Anda akan dapati ruangan bergrid mengecil. Cuba Zoom In, grid akan kelihatan lebih besar. Akhir sekali, Zoom All semula untuk ke aktiviti seterusnya.
2. Pastikan AutoCad dalam keadaan sedia untuk menerima arahan dengan menekan ‘Esc’ beberapa kali (Baris Perintah bersedia dengan perkataan ‘Command’).
3. Taip :
Command : line Enter
Specify first point : 10,10 Enter
Specify next point or [Undo] : 287,10 Enter
Specify next point or [Undo] : 287,200 Enter
Specify next point or [Undo] : 10,200 Enter
Specify next point or [Undo] : c Enter

4. Klik MTT [File>Page Setup] paparan berikut akan kelihatan :


5. Klik tab [Plot Device-Name : pilih Canon BJC-1000SP-klik Properties>Custom Properties>klik tab Page Layout-pilih A4 210.0 x 297.0 mm-klik radio button Landscape-OK>OK>OK>klik tab Layout Setting-pilih Paper Size A4 210.0 x 297.0 mm-Drawing Orientation : Landscape-Plot Area : Limits-Plot Scale : 1:1>OK]
6. Klik MTT [File>Plot Preview].
Seharusnya paparan Plot Preview (simulasi cetakan) akan kelihatan seperti di bawah. Sekiranya berlainan, sila semak data-data yang telah anda masukkan di atas.



7. Klik Esc untuk kembali ke paparan kerja AutoCad, klik MTT [File>Save] dan [File>Exit] untuk menutup program AutoCad.

Latihan 1 :

Bina garis sempadan bagi kertas B5 (182 x 257 mm). Masukkan arahan melukis garisan seperti di bawah :
Command : line Enter
Specify first point : 7,7 Enter
Specify next point or [Undo] : 250,7 Enter
Specify next point or [Undo] : 250,175 Enter
Specify next point or [Undo] : 7,175 Enter
Specify next point or [Undo] : c Enter

Simpan fail ini dalam disket dengan nama ‘Latihan1’.




V – RUANGAN KERJA DALAM AUTOCAD

Objektif :
1. Melakukan konfigurasi Page Setup untuk Layout.
2. Menggunakan fungsi Pan dan Zoom dalam Viewport.
3. Mengubah saiz Viewport serta menukar skala dalam Viewport.
4. Menambah paparan Viewport – 1 Viewport. – 4 Viewport 3 Dimensi.
5. Memadam, menambah, pindah atau salin serta menukar nama Layout.
6. Simulasi Cetakan dalam Layout.

Aktiviti :

1. Buka fail ‘zamzuri.dwg’ yang telah disimpan dalam disket yang dibekalkan.
Objek yang dipaparkan merupakan lukisan jenis 3 dimensi dalam ruangan kerja Model.
2. Klik Layout1 pada Status Bar, tetingkap ‘Page Setup – Layout1’ akan dipaparkan.
3. Klik tab [Plot Device-Name : pilih Canon BJC-1000SP-klik Properties>Custom Properties>klik tab Page Layout-pilih A4 210.0 x 297.0 mm-klik radio button Landscape-OK>OK>OK>klik tab Layout Setting-pilih Paper Size A4 210.0 x 297.0 mm-Drawing Orientation : Landscape-Plot Area : Layout-Plot Scale : 1:1>OK]
Anda akan dapati lukisan yang sama dipaparkan, tetapi dalam sebuah kotak yang dinamakan ‘Viewport’.
4. Klik kanan di mana-mana dalam paparan, pilih dan klik Zoom, penunjuk bertukar kepada ‘kanta +-‘, klik dan tarik ke atas dan ke bawah. Anda akan dapati Layout akan membesar dan mengecil.
5. Klik kanan sekali lagi, pilih Pan, penunjuk bertukar kepada bentuk ‘tangan’. Klik dan tarik ke mana-mana yang disukai, keseluruhan paparan Layout akan bergerak mengikut arah pergerakan tetikus.
6. Akhir sekali, klik ikon Zoom All, kemudian tekan kekunci Escape untuk membatalkan semua arahan.
7. Dwiklik di mana-mana dalam kotak Viewport, anda akan dapati garisan Viewport menebal menunjukkan ianya telah aktif. Lakukan semula langkah 4 dan 5. Lihatlah perbezaannya.
8. Tekan kekunci Escape untuk membatalkan arahan. Dwiklik di mana-mana selain dalam kotak Viewport, anda akan dapati garisan Viewport kembali ke asal.
9. Klik mana-mana pada garisan Viewport, klik kotak kecil berwarna biru di pepenjuru kanan bahagian atas (akan bertukar ke warna merah), pindahkan anggaran separuh paparan Layout, klik sekali lagi untuk menetapkannya.
10. Dwiklik dalam kotak Viewport. Lakukan proses Zoom dan Pan supaya objek muat dalam kotak Viewport serta dalam keadaan yang seimbang. Hasilnya seperti dalam rajah di bawah :






Kesimpulan :
Apabila Viewport diaktifkan anda seolah-olah bekerja dalam persekitaran ruang kerja Model.




11. Klik MTT [View>Viewports>1 Viewport]. Penunjuk rerambut bertukar menjadi ‘+’. Klik dan tarik kotak Viewport yang baru dalam ruangan kosong Layout anggaran sama saiz dengan Viewport sedia ada.
12. Objek yang sama akan dipaparkan dalam kotak Viewport baru tersebut. Aktifkan Viewport baru itu. Klik MTT [View>3D Views>NE Isometric]. Lihat perubahan arah pandangannya.
13. Klik MTT [View>Shade>3D Wireframe]. Lakukan proses Zoom dan Pan supaya objek muat dalam kotak Viewport serta dalam keadaan yang seimbang. Hasilnya seperti dalam rajah di bawah :



14. Klik kanan tab Layout1, klik Rename. Tukarkan nama Layout1 dengan Contoh1, klik OK.
15. Klik kanan tab Layout2, klik Delete. Kotak amaran akan dipaparkan, klik OK.
16. Klik kanan tab Contoh1, klik Move or Copy. Kotak dialog Move or Copy akan dipaparkan. Klik (move to end), klik Create a copy supaya tanda √ kelihatan, OK.
17. Rename Contoh1(2) kepada Contoh2.
Klik tab Contoh2. Anda akan dapati kotak dialog Page Setup tidak muncul manakala paparannya sama seperti Layout Contoh1. Ini adalah kerana segala konfigurasinya sama seperti Contoh1.
18. Klik mana-mana garisan setiap Viewport. Tekan kekunci Delete, semua garisan Viewport serta objek di dalamnya akan terpadam.
19. Klik MTT [View>Viewports>New Viewports]. Kotak dialog Viewports akan muncul.
20. Pilih ‘Four: Equal’ untuk ruangan Standards viewports dan 3D bagi pilihan Setup. Klik OK.
21. Penunjuk akan bertukar kepada ‘+’. Klik bahagian atas sebelah kiri, tarik ke hujung bawah kanan, klik sekali lagi. Paparan seperti di bawah akan kelihatan :


22. Klik garisan Viewport 1, 2 dan 3 (pastikan dalam kawasan berwarna biru supaya senang membuat pemilihan kotak Viewport).
23. Klik kanan, pilih Properties. Klik Standard Scale, pilih 1:2. Tutup kotak Properties dengan klik tanda x.
24. Dwiklik kotak Viewport no. 1 untuk mengaktifkannya. Klik MTT [View>Shade>2D Wireframe].
25. Ulangi langkah 24 bagi kotak Viewport no. 2 dan 3. Hasilnya akan kelihatan seperti di bawah.
26. Simpan fail ini dalam disket dengan nama ‘Aktiviti2’.




Latihan 2 :

Dengan menggunakan fail Aktiviti2.dwg, tambah 1 Layout dan namakannya Latihan2. Pastikan Layout itu bersaiz B5 (182 x 257 mm) dan terdapat 2 kotak Viewport di dalamnya. Arah pandangan objek hendaklah berlainan daripada Layout Contoh1 dan Contoh2.
Simpan fail ini dengan nama ‘Latihan2.dwg’.



MODUL 1 TAMAT

1 ulasan:

  1. HABANESTA TINON - TITanium Art & Design
    Find HABANESTA titanium charge TINON titanium network surf freely stock image. It's a beautiful titanium pot vintage titanium earring posts glass glass sculpture at the TINON properties of titanium Casino.

    BalasPadam